Perkhidmatan Pinjaman

Kelayakan Pinjaman

  • Pelajar , Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kaunter perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
  • Pelajar , Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kelayakan pinjaman setiap kategori adalah berbeza mengikut jenis koleksi.
Kategori Koleksi AM Koleksi Media Koleksi Rujukan
Pelajar Diploma /Asasi 5/14Hari 1/7 Hari 1/ 7 Hari
Pelajar Ijazah 6/14 Hari 2 / 7 Hari 1/7 Hari
Pelajar Pasca Siswazah 10/14 Hari 2 / 14 Hari 2 / 14  Hari
Staf Bukan Akademik  (Tetap) 6/14 Hari 2/ 7 Hari
Ahli Akademik (Tetap) 15/ 90 Hari 4/ 7 Hari 1/7 Hari
Staf Bukan Akademik  (Sambilan/ Kontrak) 4/14 Hari
Staf/ Ahli Akademik (Sambilan / Kontrak) 10 / 14  Hari
Pengguna Luar 3 /14 Hari

Peraturan Pinjaman

  • Akses kepada sumber digital di dalam dan luar kampus adalah terhad kepada warga ASWARA dan ahli berdaftar sahaja.
  • Orang awam atau pengguna luar boleh mengakses koleksi di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran kehalian yang telah ditetapkan bagi tujuan pinjaman.
  • Akses dan kelayakan pinjaman tidak boleh dipindah milik. Peminjam tidak dibenarkan membuat pinjaman atau pembaharuan bahan untuk pihak ketiga.
  • Ahli perpustakaan yang membuat pinjaman bahan perlu menyerahkan kad matriks/ kad pekerja / kad keahlian dikaunter perkhidmatan. Sila laporkan kepada perpustakaan dan pihak keselamatan sekiranya anda kehilangan kad matriks/kad keahlian.

Pembaharuan Pinjaman

  • Peminjam boleh memperbaharui pinjaman melalui kaunter perkhidmatan, panggilan telefon di talian 03-27786064 ; atau melalui akaun pengguna di WebOPAC.
  • Tempoh pinjaman diperbaharui sebanyak tiga (3) kali secara automatik. Peminjam boleh memohon lanjutan tempoh pinjaman dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.